GARIS PANDUAN PENDAFTARAN
Langkah PertamaSyarikat perlu Daftar Pengguna untuk Log Masuk ke dalam SerVendor dengan klik menu Daftar Pengguna.
Log masuk ke dalam sistem munggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dengan klik menu Log Masuk.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dimuat naik:
- Salinan Sijil Pendaftaran dari Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pendaftaran Perniagaan ROB / ROC / ROS
- Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)
- Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia (KKMB)
- Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
- Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
- Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
- Salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Sila membuat bayaran proses berjumlah RM50.00 melalui:
- Transaksi online atau Deposit Tunai
- Atau di Bahagian Akaun & Kewangan Pahang Skills.
Sila muat naik bukti pembayaran (resit atau slip pembayaran) di laman Semakan Status untuk tujuan pengaktifan syarikat atau pembaharuan pendaftaran.
Pihak syarikat boleh membuat semakan status pendaftaran di dalam sistem. Pendaftaran hanya sah untuk tempoh 2 tahun bermula dari tarikh syarikat anda diaktifkan.
Anda perlu memperbaharui pendaftaran 3 bulan sebelum tamat tempoh.
Pihak syarikat akan menerima emel pengaktifan syarikat dalam tempoh 3 hari bekerja jika layak dan menepati syarat-syarat Pahang Skills.